Thursday, June 3, 2010
Apa salah rakyat?
Gula seringkali menjadi isu nasional sejak kebelakangan ini,maka berita bahawa kerajaan ingin menangani masaalah ini dengan mengurangkan atau menghentikan subsidi gulatelah mula kedengaran.Maka ada yang pro dan kontra dalam memberi pandangan masing-masing,apa yang saya persoalkan adakah dengan kadar harga yang tinggi dapat mendidik rakyat supaya mengurangkan pengunaan gula dalam kehidupan harian mereka?apakah kesan pada rakyat yang berpendapatan rendah?apakah kesan pada industri makanan yang bergantung pada pengunaan berasaskan gula?Yang pasti kesannya adalah kenaikan yang berganda pada harga makanan,minuman di warung-warung,restoran dan apa saja yang melibatkan perniagaan berasaskan pengunaan gula.sekali lagi bukankah rakyat yang berpendapatan rendah juga yang merasa kesannya nanti.apakah mereka yang kaya dan berpendapatan tinggi peduli dengan kenaikan harga ini?apakah itu akan menyekat selera mereka?insan-insan yang kaya ini..sudah pasti mereka tidak akan mengubah selera mereka..yang pasti sekali lagi selera rakyat yang miskin disekat..sampai bila akan berlaku begini?apakah setiapkali berlaku kekurangan gula, harga gula akan dinaikkan dengan anggapan rakyat akan berjimat dalam membeli gula?apakah sudah kekurangan idea segala pakar-pakar dalam negara kita? Rakyat semakin hari semakin bertambah,maka apa saja barang keperluan hidup akan meningkat,pada pandangan saya cara berkesan yang perlu dilaksanakan adalah dengan mendidik rakyat dahulu,supaya mereka faham kadar pengunaan gula yg betul ,banyakkan kempen-kempen cara yang betul kadar penggunaan gula dalam kehidupan seharian,berikan segala pendedahan keburukan pengambilan gula jika digunakan dalam kuantiti yang banyak.Di sinilah kementerian kesihatan perlu memainkan peranan dengan lebih agresif,bila kesedaran semua masyarakat wujud secara tidak langsung mereka akan sedar untuk mengurangkan pengunaan gula.Untuk industri makanan pula kita boleh laksanakan satu sistem garis panduan yang paling rendah pengunaan gula dalam makanan,berikan had-had tertentu kadar paras gula dalam makanan ringan ,kek,roti,ais krim,gula-gula yang selalu menjadi makanan sampingan masyarakat dan jika perlu paparkan gambar-gambar pesakit kencing manis kronik dalam setiap pek gula yang dijual,seperti yang telah dilaksanakan pada kotak rokok.bukankah cara ini juga salah satu kaedah dalam memberi kesan kesedaran yang terus pada masyarakat.kelemahan penguatkuasaan juga harus diperbaiki,masih ramai peruncit pemborong yang menyembunyikan stok gula.perhebatkanla operasi..janganla hanya bermusim,dan jika ada penguatkuasa yang kenyang bila disogok ambilla tindakan,beri hukuman dibuang kerja 24 jam bagi kesalahan rasuah,atau ambil tindakan yang lebih tegas lagi ..takkan rakyat masih lagi nak bertahan melihat penguatkuasa buat kerja bila ada stesen tv buat liputan sahaja?adakah dengan segala kelemahan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menangani kekurangan gula maka rakyat yang harus menanggung bebannya?di mana rasionalnya?dan jangan kerana pesakit kencing manis meningkat dinegara ini juga dijadikan alasan untuk menghentikan subsidi gula,jika kita tidak berjaya mendidik masyarakat tentang bahaya gula ,percayalah semahal mana pun harga gula pesakit kencing manis tetap akan meningkat.Dan jika kerajaan ingin juga menghentikan subsidi gula atau apajua subsidi biarla pendapatan rakyat diperjuangkan dulu,masih ramai yang dibawah paras kemiskinan..gaji asas sektor swasta biarla rm 1,500 keatas.jika ekonomi rakyat kukuh semua boleh bernafas dengan lega..akhir kata saya mewakili rakyat yang berpendapatan sederhana dan miskin,juga pakcik dan makcik dikampung... saya dan mereka semua seringkali risau jika ada pengumuman kenaikan harga barang dan minyak yang akan menyebabkan kami mengikat perut dan selera demi menguruskan perbelanjaan harian yang sememangnya tenat. Untuk pihak kerajaan cari la kaedah yang lebih sesuai dalam menangani isu ini.kenaikan harga bukan penyelesaian sesuatu masaalah .Apa salah rakyat?rakyat yang tertekan akan menterjemahkan dalam kertas undi yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara.Pihak pembangkang pula akan sentiasa mengintai peluang dalam setiap isu.
Subscribe to:
Posts (Atom)