
Assalamualaikum "ribuan terima kasih pada anda semua yang sudi singgah ke laman blog saya yg secara sedar atau separuh sedar atau yang di bawah pengaruh bahan2 yang tidak menyedarkan...
untuk topik permulaan ni saya nk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai kawalan makhluk perosak ( PEST CONTROL ).Bila kita sebut mengenai makhluk perosak pasti ramai diantara anda semua mempunyai masaalah nak mengawal atau membasmi makhluk yang tak diundang ni,seringkali serangga dan haiwan perosak seperti tikus, lipas,semut, lalat dan anai-anai selalu terdapat dalam kawasan rumah kita,pejabat,ladang,kilang restoran dan sebagainya..
Saya bekerja sebagai juruteknik pest control,masaalah seperti tikus,lipas,anai2 dan lalat memang makhluk perosak yang selalu dapat perhatian,dari individu persendirian sampai la sektor swasta dan bangunan2 kerajaan..semuanya mengalami masalah kehadiran makhluk perosak ni..ianya bukan saja merosakkan harta benda sahaja malah yg paling berbahaya makhluk perosak ni adalah agen kepada penyakit berjangkit,virus dan bakteria yg ada pada anggota dan najis haiwan ini mampu menyebabkan sakit yg teruk dan boleh mengakibatkan kematian....
**KEBERSIHAN**




Sebenarnya kaedah paling berkesan nak menghindarkan kawasan rumah kita dari gangguan makhluk perosak ni selain mengunakan kawalan racun serangga adalah kita kena pastikan kebersihan rumah kita dari ruang dapur,stor,tandas,longkang..yg sentiasa diurus dengan betul.Semut,lipas,lalat,dan tikus adalah makhluk perosak yg suka pada persekitaran yg tidak terurus kebersihannya,jika kawasan dapur kita selalunya paling banyak sisa2 makanan yg bertaburan di kawasan sinki..longkang..tandas..kadang2 kita campak je sisa lebihan makanan kat belakang rumah ..habis cerita..ye tak'..tapi sebenarnya dalam kita tidak sedar,tindakan kita itulah akan mengundang kehadiran makhluk perosak..Doktor selalu mengatakan "mencegah itu lebih baik dari mengubati sesuatu penyakit"begitulah juga hal nya dalam nak menguruskan makhluk perosak ni.."mencegah lebih baik dari membasmi"..




Saya nk berkongsi cerita tentang pengalaman kerja,semasa membuat satu operasi kawalan tikus di sebuah kilang kerepek.Kami dimaklumkan pengusaha kilang ni pening kepala dah kerana tikus menyerang kawasan kilang dia..habis kerepeknya kena makan..kesian..dah tak terkawal la nampaknya tu..biasala bila keadaan dah kritikal baru la nak panggil pest control..sampai je di lokasi tersebut,kami semua pun survey la dulu kawasan luar kilang tu..tengok laluan tikus,lubang mana dia masuk...semua kena kenal pasti dulu...kalau anda nak tahu kawasan laluan tikus ni akan ada kotoran hitam kat sekeliling lubang tu..menandakan laluan dia ulang alik panjat dari situ ,masuk je kt dalam kilang tu..punya la tersangat bersih..(kotor giler)kuali dan bekas uli tepung tidak dicuci lepas digunakan,sisa makanan bersepah kat lantai,dengan serpihan kerepek,tepung,minyak,gula..pendek kata macam222 ada...dan di sesetengah tempat pemprosesan bau najis tikus amat kuat baunya..jika keadaan ini berlaku ,racun umpan yg kita gunakan pasti tidak akan berkesan..kerana pilihan makanan ya ada lebih banyak dan menarik perhatian..jika keadaan kebersihan ini tidak diuruskan dengan sempurna bukan sahaja tikus malah lipas,semut dan lalat juga akan menjadi lebih banyak.kami telah memberi khidmat nasihat pada pengusaha kilang tu supaya menguruskan kebersihan dengan betul supaya kawalan tikus yg dilaksanakan akan lebih berkesan..
Begitu juga dengan satu operasi yg kami lakukan di sebuah kitchen hotel bertaraf 2 bintang ni...biasanya kat kawasan kitchen ni lipas jerman yg selalu kita boleh jumpa..berwarna coklat dan tak berapa besar saiznya..chef tu buat la aduan kat saya..dia ckp:sekarang lipas banyak la..saya pun tanya la kat kawasan mana you nampak lipas tu?...dia pun tunjukla kat tempat bahan2 masakan dia..lipas selalu keluar kat meja masak dan sekitar dapur tu dia cakap..saya pun periksa la port2 yg strategik lipas ni dulu.. rupa2nya bila saya angkat je bekas2 bahan masakan dia tu kat bawahnya ada ruang kosong kat situ..tak pernah dibersihkan..sisa bahan masakan jatuh bersepah ..mana tak banyak lipasnya..dari datuk sampai la cucu cicitnya pun ada...saya panggil dia ,you tengok ni..you tak cuci bersih2 semua tempat..bawah lantai semua ada sisa makanan dan minyak..semua faktor tersebut boleh mengundang lipas .saya spray mengunakan racun sisa baki dan umpan gel..saya suruh chef tu kemas you punya kitchen bersih2 kalau tak nak lipas datang.pengunaan racun spray dan gel umpan takkan berkesan membasmi sepenuhnya jika kawasan masih lagi kotor.lepas 1 bulan saya jumpa chef tu lagi ..saya tanya dia :macam mana sekarang you punya kitchen ?ada lipas lagi tak?..tersenyum mcm kerang busuk dia jawab:sekarang sudah takda lagi lipas..bagus awak punya racun"..saya cakap:ya..memang bagus..tapi kalau you tak jaga kebersihan.nanti jangankan lipas..semua binatang pun ada dalam you punya kitchen....lipas mempunyai sarang pembiakan sebenarnya,jika di rumah cuba anda periksa kawasan yg jarang anda masuk seperti dalam stor,bawah dan dalam kotak2 lama,kabinet sinki,almari2 lama dan kawasan saluran tangki kumbahan.lipas aktif pada waktu malam dan suka bergerak di tepi dinding dan celah rekahan kerana sifatnya yg suka anggota badannya bersentuhan dengan sesuatu objek,mungkin dia rasa lebih selamat.jika nak mengesan kehadiran lipas di sesuatu tempat,periksa kawasan yg saya sebutkan diatas tadi dan kita boleh bau najis lipas yg agak kuat di tempat tu..anda boleh periksa dengan teliti,pasti akan jumpa..seeloknya sediakan dulu racun serangga kerana lipas pantas melarikan diri apabila dilihat..untuk dirumah anda boleh gunakan racun serangga jenis aerosol yg dkhaskan unutk membunuh lipas,banyak dijual di pasaraya.anda boleh spray juga di tepi2 dinding dalam rumah dan celah2 rekahan kerana racun lipas ni kebiasaannya ada kesan sisa baki yg boleh bertahan beberapa hari bahkan lebih,bergantung jenis racun yg anda gunakan.
Sebelum saya bekerja sebagai juruteknik pest control ni,saya fikir kerja ni amat mudah..cuma spray2 dan tak banyak yg saya boleh jangkakan sebenarnya.setelah makin lama berkecimpung dalam bidang pengurusan makhluk perosak ni barula saya faham cabaran dan rintangan yg harus ditempuhi.setiap tempat,persekitaran,suhu dan lain-lain faktor harus diambil perhatian sebelum kerja2 kawalan boleh dilaksanakan..tidak semua tempat boleh dikawal mengunakan kaedah yg sama..bergantung pada faktor diatas tadi.setiap aduan dari customer juga harus diambil perhatian kerana setipa aduan yg dibuat bermakna adanya kekurangan keberkesanan kawalan yg kita lakukan.Tapi yg penting jika kita nak mengawal dan membasmi makhluk perosak kita harusla belajar dan mengkaji kitaran hidupnya,habitat,kelemahan dan kelebihannya..umpama jika kita hendak basmi lalat..kenala jadi lalat dan kalau nak basmi tikus kenala jadi seekor tikus..barula kita faham dan boleh lakukan langkah2 kawalan dengan sangat berkesan.
Untuk pengetahuan anda bukan semua makhluk perosak mendatangkan masaalah pada manusia,mereka juga ada kepentingan dari segi ekonomi dan ekosistem kehidupan.Contoh yg jelas adalah anai2..kita semua maklum anai2 makhluk perosak yg suka makan kayu dan boleh merosakkan bahan2 yg diperbuat dari kayu ..jika sebuah rumah diserang anai2 ia boleh mengakibatkan kerugian yg besar.dan anai2 juga boleh membunuh pokok yg hidup..dan dari segi kelebihannya pula anai2 sangat penting dalam mengekalkan kesuburan tanah,kelkatu anai2 menjadi sumber makanan penting unutk haiwan dan serangga ,bahkan ada sesetengah spesis yg sarangnya boleh menghasilkan cendawan yg boleh dimakan oleh manusia.Hanya beberapa spesis saja yg makan kayu dan yg lain2 spesis mereka makan daun2 kering,kulit kayu yg longgar,bahan organik yg mereput dan ada yg makan daging haiwan yg mereput.
Mungkin pada anai2 ni manusialah sebenarnya makhluk perosak,kerana kita yg telah memusnahkan sumber makanan dan habitat asal mereka.hutan ditebang di jadikan kawasan perumahan,bandar,kilang..pokok2 di tebang dijadikn perabut,struktur binaan rumah dan sebagainya..ketandusan makanan dan tempat tinggal menyebabkan mereka menyerang rumah2 kita demi untuk mereka terus dapat hidup.Pengajaran terpenting jika kita nilai dari sudut agama adalah ALLAH tidak akan mencipta sesuatu itu menjadi sia-sia,pasti ada kelebihan dan kebaikannya..jika kita mengkajinya baru la kita faham dan sedar nilai sesuatu yg kita sangkakan tidak bermanfaat itu.Dan dari sudut keburukan dan kelemahan itu sebenarnya berpunca dari tangan2 manusia itu sendiri,harga sebuah kemajuan yg kita nikmati sekarang adalah berpunca dari kerosakan yg kita telah lakukan terhadap alam sekitar,habitat haiwan ,tumbuh-tumbuhan yg akhirnya mengakibat masaalah pada kita.pemanasan global..ais di kutub mula mencair..lapisan ozon mula menipis..semua itu harga yg perlu dibayar unutk menikmati kemajuan yg diidamkan oleh manusia yg rakus.Agama islam juga mewajibkan umatnya menjaga kebersihan diri meliputi hati kita,tubuh badan,pakaian,makanan,rumah dan negara kita amnya semua itu jika turuti dan kita fahami pasti tidak akan ada masaalah besar dalam nak menangani makhluk perosak ini.




untuk kepada anda atau sesiapa sahaja yang mengalami masaalah gangguan makhluk perosak boleh la hubungi saya di talian hot line: 019 704 6768 /baity services sdn bhd..head quarters di bandar tun razak ,cheras kuala lumpur /branch di ayer hitam batu pahat johor. kawalan meliputi kawasan perindustrian,ladang ternakan,pejabat kerajaan dan rumah persendirian ,boleh dilakukan secara kontrak dan one time job,